H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Ceramah Perdana Palestin "Berpijak di Bumi Gaza” Dihadiri Lebih 400 Pelajar UiTM

Ceramah Perdana Palestin "Berpijak di Bumi Gaza” Dihadiri Lebih 400 Pelajar UiTM

E-mail Print PDF

PUNCAK ALAM, 28 Januari - Ceramah Perdana Palestin "Berpijak di Bumi Gaza” telah berjaya dilaksanakan

hasil anjuran pelajar Fakulti Sains Kesihatan UiTM kampus cawangan Puncak Alam. Ceramah telah berlangsung pada 28 Januari merupakan kemuncak kepada Program Minggu Kesedaran Palestin yang telah berlangsung selama lima hari berturut-turut.

Ceramah Perdana bertajuk ”Berpijak di Bumi Gaza” telah disampaikan oleh Tn Haji Noorazman Mohd Shamsuddin, Pengerusi Biro HALUAN Palestin yang baru pulang dari Gaza. Tn Haji Noorazman yang juga seorang sarjana di bidang Kejuruteraan Perubatan menggesa agar mereka terus memperkatakan perihal Palestin yang ditindas dan dizalimi itu sehinggalah bumi itu bebas daripada cengkaman zionis Yahudi Israel. Ceramah ini telah dihadiri oleh 10 orang wakil dari HALUANsiswa dan lebih 400 pelajar dan staf kampus.

Sebelum itu, persatuan pelajar Fakulti Sains Kesihatan menganjurkan Minggu Kesedaran Palestin yang diisikan dengan pameran perihal Palestin, kutipan derma untuk tabung Palestin di dalam dan luar kampus, pertandingan dan sebagainya.

Penolong Naib Canselor UiTM, Prof. Dr Azni Zain Ahmad dalam ucapan perasmiannya melahirkan rasa terharu dan syukur beliau dengan keupayaan persatuan pelajar fakulti itu menggarapi isu-isu yang lebih global seperti isu Palestin serta membangkitkan kesedaran masyarakat kampus mengenai nasib yang menimpa umat Islam di tempat lain. Dr Azni telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada warga kampus serta masjid dan surau-surau berdekatan bernilai lebih daripada RM5,000 kepada Tabung Palestin HALUAN. Cek telah diterima oleh Haji Noorazman sendiri bagi pihak Biro HALUAN Palestin.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 6 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday239
mod_vvisit_counterYesterday305
mod_vvisit_counterThis week1400
mod_vvisit_counterLast week1955
mod_vvisit_counterThis Month838
mod_vvisit_counterAll days107822