H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Rekreasi Gua di Gua Batu Maloi, Johol

Rekreasi Gua di Gua Batu Maloi, Johol

E-mail Print PDF

JOHOL, 13 November - HALUANSiswa dengan kerjasama Biro Sukan & Rekreasi HALUAN Malaysia

telah menganjurkan Program Caving pada 13 November 2010 di Gua Batu Maloi, Johol, Negeri Sembilan. Seramai 38 orang peserta tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bersama-sama  menyertai program sehari  yang banyak memberi pendedahan dan pengalaman baru terutama tentang rekreasi gua. Kebanyakan peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dari IPT sekitar Wilayah Tengah, Selangor dan Melaka yang baru sahaja memulakan cuti semester masing-masing.

Program Caving kali ini dipandu oleh Sdr Sabaruddin Mat Kari, Penolong Pegawai Hidupan Liar Kanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Wilayah Persekutuan di mana beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang rekreasi dan Gua Batu Maloi ini bukanlah tempat yang asing bagi beliau.

Antara objektif dan matlamat penganjuran program ini adalah untuk mempromosi gaya hidup Muslim yang cergas dan tahan lasak, di samping memberi pendedahan peserta tentang rekreasi gua dan pada masa yang sama mendekatkan peserta dengan aktiviti HALUAN.

Selain pengalaman melalui kawasan gua yang gelap, berair dan adakalanya  terpaksa melalui celahan batu granit yang sempit, merangkak dalam aliran sungai yang sejuk, memanjat batu-batu sungai yang besar dan licin, peserta juga berpeluang untuk mengenali beberapa flora dan fauna yang menjadikan gua ini sebagai habitat mereka, diantaranya pokok jari hantu, katak batu dan kelawar. Sessi penerangan dan tazkirah diselitkan di beberapa check point semasa peserta berhenti berehat di dalam gua tersebut.

Kenyamanan suasana dalam gua yang terbina dari batu-batu granite telah wujud  jutaan tahun dahulu dan keindahan gua yang dilengkapi sinaran cahaya matahari melalui celahan-celahan batu menginsafkan peserta tentang kehebatan Allah SWT mencipta dan mentadbir alam ini. Keletihan melalui gua sepanjang satu kilometer ini hilang apabila peserta melalui air terjun semulajadi yang sejuk dan segar di hujung laluan gua ini.

Di akhir program, penganjur berharap semuga program ini mencapai matlamat yang ingin dicapai, dapat mengeratkan ukhuwah dan memperbaharui semangat dalam kalangan peserta yang kebanyakannya terdiri daripada golongan pemuda untuk teribat secara bersungguh-sungguh untuk membantu gerak kerja memperkasa umat.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 11 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday333
mod_vvisit_counterYesterday422
mod_vvisit_counterThis week333
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month6685
mod_vvisit_counterAll days341622