H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah SiswaHALUAN UniKL Miat Menyemai Ukhuwah di Teratak River View

SiswaHALUAN UniKL Miat Menyemai Ukhuwah di Teratak River View

E-mail Print PDF

TANJUNG MALIM, 17 April – Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) UniKL MIAT telah berjaya mengadakan

program Rekreasi Akhir Semester di Teratak River View baru-baru ini. Program selama sehari ini dihadiri oleh 12 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dari UniKL MIAT & UIAM Gombak.. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun rapi bagi mengeratkan lagi ukhuwah di antara peserta, berdasarkan objektif utama program, mengeratkan ukhuwah di antara ahli HALUANSiswa dengan aktiviti santai luar kampus. Bertemakan “Ukhuwah Pemangkin Kesatuan Hati”, para peserta telah dihidangkan dengan aktiviti menarik seperti aktiviti BBQ ayam “resepi sahabat”, membuat coleslaw “ukhuwah sejati”, mandi-manda melawan arus deras serta pertandingan menyusun dan membaling batu kearah binaan tersebut.

Pengarah program, Sdr Mohd Muhsin Mohd Suhor, selaku Ketua Biro Latihan SiswaHALUAN Nasional berkata, “Program ini merupakan salah satu aktiviti luar kampus yang dapat memberi kesedaran kepada peserta bahawa ukhuwah merupakan salah satu elemen terpenting dalam menyatukan hati-hati orang beriman.”

Turut hadir menjayakan program tersebut ialah bekas ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Teknologi Darul Naim, Sdr Muhammad Munzir Khairuddin. Beliau banyak memberi kata-kata semangat serta tunjuk ajar dalam melaksanakan program berbentuk rekreasi dan outdoor activities. “Program sebegini dapat mengeratkan lagi ukhuwah serta dapat mendekatkan diri dengan Sang Pencipta melalui pemandangan indah flora dan fauna di sini”, ujar beliau.

Turut hadir di dalam program tersebut adalah Setiausaha SiswaHALUAN Nasional merangkap Setiausaha SiswaHALUAN Wilayah Tengah, Sdr Abu ‘Ubaidah Sharudin. Semua peserta berharap program sebegini dapat dilaksanakan lagi di semester yang akan datang. Program berhenti ketika jam menghapiri 5 petang disebabkan oleh hujan lebat. Akhir program, kalimah akhirah disampaikan oleh Sdr Muhammad Radhi Abdul Rahman, yang kini sedang praktikal dan merupakan mahasiswa akhir semester di UniKL MIAT.

Program ini juga merupakan lawatan tinjau untuk program Rekreasi HALUANSiswa Nasional 2011 (REAKSI ’11) yang akan diadakan pada 20-22 Mei 2011 nanti. Semua peserta berpuas hati dengan perjalanan program di sana walaupun perjalanan yang jauh. Peserta berpisah menuju ke destinasi masing-masing ketika berhenti rehat di Restoran Jejantas Sg Buloh, Selangor pada jam 8.30 malam.

Laporan oleh: Anas Asyraf Mohd Ghani

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 8 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday341
mod_vvisit_counterYesterday422
mod_vvisit_counterThis week341
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month6693
mod_vvisit_counterAll days341630