H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Mahasiswa Rabbani Teras Kecemerlangan Ummah

Mahasiswa Rabbani Teras Kecemerlangan Ummah

E-mail Print PDF

Bandar Baru Bangi, 2 Oktober – Kelab Haluansiswa daerah Bangi, Nilai dan Sepang telah berjaya

mengadakan Kursus Pemantapan Fikrah pada 1 hingga 2 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Pejabat HALUAN Nasional, Bandar Baru Bangi. Dengan bertemakan “Mahasiswa Rabbani Teras Kecemerlangan Ummah”, kursus ini berjaya memberi banyak pengisian kepada peserta yang hadir. Seramai 19 orang peserta terdiri daripada siswa HALUAN telah menyertai kursus tersebut.

 

 

 

Program ini bertujuan membina kesedaran dan kefahaman Islam, menggerakkan mahasiswa agar melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah serta memahami realiti dan permasalahan ummah. Pengarah program, Saudara Mohd Zamree Tukiran, seorang pelajar peringkat Doktor Falsafah berkata, program ini merupakan salah satu aktiviti untuk melahirkan mahasiswa yang beriman dan sedia melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah.

Antara pengisian program ialah slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dipimpin oleh Dr Azizan Ahmad, Naib Presiden 3 HALUAN Malaysia, serta slot pengisian terakhir yang bertajuk Kepentingan Tarbiyah yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr Nik Muktasim bin Nik Abdul Rahman, Naib Presiden 1 HALUAN Malaysia.

Semua peserta sangat berharap agar kursus seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang agar lebih ramai mahasiswa dapat menerima pelbagai pengisian penting sebagai persediaan menjadi mahasiswa yang mampu melaksanakan dakwah dan tarbiyah dan berdaya saing.

Laporan oleh
Abu ‘Ubaidah bin Sharudin
Wakil Haluansiswa Sepang

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday343
mod_vvisit_counterYesterday422
mod_vvisit_counterThis week343
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month6695
mod_vvisit_counterAll days341632