H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Mendaki Ke Syurga

Mendaki Ke Syurga

E-mail Print PDF

BANGI, 27 November 2011 – Fizikal yang kuat, persaudaraan yang kukuh dan kefahaman Islam digapai bersama oleh ahli-ahli Kelab Siswa Haluan UKM Bangi (HALUANSiswa UKM Bangi) di puncak Bukit Broga,

Semenyih, Selangor.

 

 


Program bertema ‘Mendaki ke Syurga’ ini meletakkan objektif membina qawiyyul jism, merapatkan ukhwah antara ahli baru dan lama serta memantapkan kefahaman Islam sebagai sistem kehidupan. 19 orang ahli terdiri daripada pelajar pelabagai jurusan dan peringkat pengajian turut serta dan memeriahkan suasana. Deru angin pagi yang berhembus dan sinar matahari pagi yang menjamah muka menambah hangatnya ukhwah yang terjalin di program ini.

 

Program bermula seawal jam 5.30 pagi diawali doa program dan taklimat ringkas daripada Pengarah Program, Sdr.Zamree Tukiran. Perjalanan dari Bangi ke Broga hanya mengambil masa sekitar 40 minit.

Sebaik tiba, para peserta menunaikan solat Subuh di kaki bukit berbumbung pelepah kelapa sawit dan kompas sebagai penunjuk arah kiblat. Selesai solat, pembahagian kumpulan diadakan dan tugasan dibahagikan antara kumpulan peserta. Setiap kumpulan diberikan potongan pendek ayat suci al-Quran untuk ditadabbur sambil mendaki.

Pendakian ke puncak Bukit Broga agak meriah dengan hadirnya ramai kumpulan pendaki dari pelbagai latar belakang bangsa dan usia. Ada ibu yang memimpin anak kecil, kanak-kanak yang ceria dan nampak teruja dan tak kurang juga pendaki yang membawa burung-burung di dalam sangkar, mungkin untuk dilepaskan apabila tiba di puncak nanti.

Sekitar 40 minit kemudian, kami tiba di puncak Bukit Broga dan melepaskan lelah sambil memuji indahnya ciptaan Allah. Bukit Broga yang juga dikenali sebagai Bukit Lalang, memang terkenal di kalangan photographer yang gemarkan keindahan lanskapnya yang lain daripada yang lain. Lalang yang melatari lereng bukit ini membentuk pemandangan indah tak terkata, lebih-lebih lagi apabila disinari cahaya matahari waktu Dhuha yang ‘manja’ dan menyegarkan.

Selesai melepaskan lelah, kami berkumpul dan bersarapan pagi dengan bekalan yang disediakan khas oleh penasihat diet dan fisioterapi program, Sdr. Syakir Sabarudin. Peserta program kali ini bertuah kerana berpeluang menjamah hidangan yang seimbang dan berkhasiat, sambil mendengar perkongsian bertemakan penjagaan kesihatan daripada beliau. Selesai bersarapan pagi, kami memulakan sesi refresh taaruf agar ukhwah yang dibina dapat disegarkan semula. Kemudian, program diteruskan dengan sesi perbincangan ringkas tentang ayat-ayat suci al-Quran yang telah ditugaskan. Setiap kumpulan berhasil menyampaikan pembentangan yang jelas dan menarik serta memperlihatkan kefahaman masing-masing tentang Islam sebagai cara hidup dan perlunya kembali kepada Islam secara total.



Program ini melabuhkan tirainya dengan sesi fotografi dan ramah mesra antara peserta. Peserta program memberi respon positif terhadap program ini, dan berharap ia akan terus diadakan di masa hadapan.

Ditulis oleh: Irwan Affendi

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 11 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday347
mod_vvisit_counterYesterday422
mod_vvisit_counterThis week347
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month6699
mod_vvisit_counterAll days341636