H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama HS Wilayah Tengah Ayuh kita bergerak !

Ayuh kita bergerak !

E-mail Print PDF

 

GOMBAK, 19 Februari – Seramai 102 orang penggerak HALUANSiswa menghadiri Daurah Pembukaan Halaqah Baru 2012 yang berlangsung di Masjid Sa’ad Abi Waqas baru-baru ini. Program ini

bertujuan memberi kefahaman yang jelas tentang cara pembinaan dan pembukaan halaqah baru serta menekankan pentingnya ittisol fardhi (dakwah kepada perorangan) kepada semua peserta program yang hadir selama dua hari.

 

Zainusham berkata, untuk mendekati mad’u perlu dilakukan secara berperingkat dan para da’ie perlu mengkaji, menyusun strategi serta membuat penilaian terhadap kerja-kerja dakwah yang telah dilakukannya. Beliau juga menyedarkan para peserta tentang hakikat bahawa mereka dipilih oleh Allah SWT untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang dai'e (penyeru).

Irwan Affendi telah memberi penyampaian akan kepentingan mendekati pemuda dan siswa. Hal ini kerana para pemuda merupakan golongan yang sangat berpotensi serta mempunyai semangat yang tinggi untuk membawa dan mendokong risalah Islam. Kemudiannya dalam sesi ini, peserta diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka tentang kaedah-kaedah dalam mendekati mad'u (orang yang diajak). Masing-masing rancak melontarkan idea dan pengalaman yang dilalui menyebabkan suasana perbincangan menjadi semakin menarik.

 

Prof. Madya Dr. Azizan Ahmad berkata persiapan para da’ie serta kepentingan untuk menjadi da’ie yang berwibawa dari aspek ilmu pengetahuan, iman yang mendalam, kemahiran serta sifat-sifat syakhsiah seorang da’ie. Membakar semangat peserta untuk mengikuti jejak langkah beliau apabila beliau berkongsi tentang pengalaman menjadi pelajar terbaik dan dihormati ramai di salah sebuah universiti tempatan.

Sementara itu, Ustaz Abdullah Thaidi membentangkan kertas kerja terakhir bagi program kali ini. Penyampaian beliau khusus membincangkan tentang sikap dai’e dalam konteks adab pergaulan (mukhallatoh) serta pengasingan diri (uzlah) yang sebenar. Beliau menerangkan secara terperinci tentang adab-adab pergaulan apabila berhadapan dengan masyarakat, beliau juga menegaskan tentang batasan-batasan yang perlu dijaga di dalam pergaulan bagi memelihara kualiti seorang dai'e yang memenuhi kehendak syara'. Selain itu, beliau juga memesan tentang pentingnya kepada makanan rohani walau sesibuk manapun seorang dai'e (penyeru) itu.

Pada hari terakhir, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk slot bengkel dan simulasi bagi memastikan keberkesanan program serta memperjelas secara praktikal tentang ittisol fardhi (dakwah kepada perorangan) serta mengasah kecekapan peserta dari sudut pengucapan awam. Para peserta membentangkan simulasi mereka mengikut kreativiti masing-masing, antaran yang menarik perhatian penonton adalah lakonan. Dengan cara itu, peserta dapat memahami dengan jelas mesej yang hendak disampaikan oleh pembentang.

Turut menghadiri program tersebut, Dr Sheikh Ahmad Sulaiman Ar-Rakb yang merupakan AJK Rabitah Ulama Palestin telah dijemput untuk memberi suntikan motivasi kepada para peserta. Turut bersama beliau, seorang penterjemah yang amat arif di dalam bahasa arab. Dalam ucapannya, beliau banyak menekankan tentang kepentingan seorang pemuda membahagikan masa dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana tanggungjawab melebihi dari masa yang ada. Sebelum beliau berangkat pulang, para peserta menasyidkan lagu 'Sunnah berjuang' sebagai tanda penghargaan kepada beliau.

 

Oleh : Syahirah Farhanah Sapiee

Editor : Suhaib Sapiee

Siti Farhana Lokman

Jurugambar : Siti Farhana Lokman

 

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday349
mod_vvisit_counterYesterday422
mod_vvisit_counterThis week349
mod_vvisit_counterLast week3220
mod_vvisit_counterThis Month6701
mod_vvisit_counterAll days341638