
PENGENALAN
Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. Kelab ini telah ditubuhkan secara rasminya di bawah HALUAN Malaysia pada tahun 2009.
MOTTO
"Bersahsiah, Dekat & Bererti"
VISI
HALUANSiswa bertekad untuk melahirkan mahasiswa yang mapan aqidahnya, cemerlang akademiknya, mulia peribadinya & cakna persekitarannya.
MISI
- Menjadikan HALUANSiswa sebagai organisasi mahasiswa yang Rabbaniyyah.
- Menyediakan pendidikan terancang bagi membangunkan mahasiswa yang alim, bermanfaat lagi mujahid.
- Membentuk mahasiswa teladan yang dapat memenuhi tuntutan intelektual.
- Memperkukuh dan memperluas hubungan dengan pendukung dakwah kampus di institusi-institusi pengajian tinggi.
- Menyediakan wacana pendidikan yang terancang bagi menumbuhkan kepekaan terhadap keperluan mahasiswa dan masyarakat sekitarnya.
Kenali HS 











