Setiap pelajar dan sesiapa sahaja yang menuntut ilmu perlulah mempunyai adab dan akhlak yang dapat mempermudahkannya mendapat dan menguasai ilmu yang dituntut olehnya. Para pelajar perlu memiliki kualiti atau adab
tersebut agar ia dapat mengambil faedah sebanyak mungkin daripada peluang yang ada dalam proses menuntut dan mencari ilmu. Antara adab-adab atau kualiti tersebut adalah:
Pertama; Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. agar Dia memberikan ilmu yang bermanfaat dan memberikan pertunjuk ke arah ilmu tersebut.
Kedua; ikhlas dalam menuntut ilmu kerana sesiapa yang menuntut ilmu semata-mata untuk mencapai tujuan keduniaan tidak akan mencium bau syurga.
Ketiga; minat dan bersungguh dalam mencari dan menuntut ilmu.
Keempat; menjauhi keingkaran terhadap Allah s.w.t. dan menghiasi diri dengan sifat takwa kerana sifat takwa merupakan pemangkin yang utama dalam mendapatkan ilmu.
Kelima; tidak malu atau segan-segan dalam mencari dan menuntut ilmu.
Keenam; beramal dengan ilmu yang telah dipelajari.
(Petikan daripada buku Path to Guidance, Ibn Qayyim Al-Jauziyyah (terjemahan kitab Uddat as-Sabrin wa dhakhirat ash-shakrin)

Sifat malu tidak sepatut menghalangnya daripada mempelajari dan mendalami ilmu. Dia tidak malu dan tidak berputus asa untu menemui guru-gurunya serta sentiasa meluangkan tenaga dan waktunya untuk mencari dan menuntut ilmu. Kunci ilmu adalah pertanyaan yang baik dan mendengarkan jawapan dan penjelasan dengan baik. Oleh itu apabila bertanya, elokkanlah pertanyaan itu dan dengarkan jawapan guru dengan baik. Sifat ragu-ragu untuk menemui guru dan rendah diri adalah sifat yang tidak baik bagi mereka yang menuntut ilmu. Sayyidina Ali Karramallahu wajah berkata, " Jika seseorang itu rela mencarinya ke negeri Yaman, nescaya ia akan mendapatkan ganti daripada yang ditinggalkan di negeri asalnya iaitu;
1. Seorang hamba tidak merasa takut kecuali kepada Rabbnya
2. Tidak pernah merasa khuatir kecuali kerana dosanya
3. Jika tidak tahu, tidak merasa malu untuk belajar
4. Jika ditanya tentang sesuatu yang tidak diketahuinya dia tidak malu untuk menjawab, "aku tidak tahu".
(Daripada buku Manhaj Tarbiyah Ibn Qayyim, Dr. Hasan bin Ali Al-Hijazy (terjemahan al-Fikr al-Tarbawi 'inda Ibn Qayyim)
Wallu a'lam.
Sumber: http://my.opera.com/sawahijau/blog/ [Cikgu Ghazali Saad]













