Assalamualaikum,
Hi, guys....moga cuti kalian kali ini penuh dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan amal-amal kebaikan.
Kali ini, saya mahu kongsikan tentang kesan apabila kita istiqamah dengan kalimah syahadattain kita. Mari kita fikir sejenak, karakter apa saja sih yang akan muncul jika kita benar-benar istiqamah menjalankan kandungan syahadatain? Antara karakter yang muncul ialah:
1. Berani (Asy-Syajaa'ah)
Ketika kamu yakin, percaya diri dan mantap, pasti akan muncul sikap berani dalam dirimu kan? Nah, apalagi jika kamu seorang mukmin yang faham betul bahawa dengan mengucapkan syahadat, bererti kita telah menggantungkan diri sepenuhnya kepada Allah. Keyakinan dan keberanianmenghadapi rintangan hidup serta kesediaanberjuang untuk menegakkan kebenaran akan muncul pada orang yang istiqamah pada syahadatain, sebab keistiqamahannya itu memunculkan keyakinan pada qadha dan qadar Allah, keyakinan pada takdirnya.
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud,
“Sesungguhnya, orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengataan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; gembirakanlah mereka dengan (memperoleh) syurga yang dijanjikan Allah kepadamu.’ Kamulah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat; di dalamnya apa yang kamu minta, sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhanmu Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.” (Fushilat: 30-32)

2. Ketenangan (Al-Ithmi’naan)
Karakter kedua yang muncul pula adalah sikap tenang, cool and so pasti confident laah...
Mengapa bisa begitu? Ya dong, bagaimana tidak tenang jika dia sangat yakin dan sangat percaya bahawa Allah s.w.t selalu berada di setiap langkah kita. Sikap cool ini diperoleh kerana sentiasa mengingat Allah, kerana tawakal terhadap janji perlindungan Allah kepada orang-orang beriman a.k.a mukmin.
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud,
“Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’du:28)

3. Optimis (At-Tafaa’ulu)
Karakter berikutnya adalah optimis. Mereka optimis sebab meyakini bahawa masa depan adalah milik orang-orang beriman, bahawa perjuangan dan amal perbuatannya tidak sia-sia, melainkan pasti dibalas oleh Allah s.w.t dengan balasan yang sempurna
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud,
“Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.” (Ali-Imran:160)

4. Kebahagiaan (As-Sa’adatu)
Last but not least, seorang yang istiqamah dalam mengerti dan mengamalkan kandungan syahadatain akan mendapatkan sesuatu yang dicari oleh kebanyakan orang iaitu KEBAHAGIAAN. Orang-orang mukmin sudah dijanjikan Allah untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebab ketika di dunia, ia menyakini bahawa semua yang dilakukannya di dunia akan dimintai pertanggungjawaban oleh Allah Yang Maha Kasih,maka ia akan beramal sebanyak-banyaknya, dan mendekatkan diri seoptimal mungkin dengan Allah, lalu disebabkan amalannya itulah, Insya Allah, ia akan mendapatkan syurga.
Orang mukmin adalah orang yang semestinya selalu berbahagia. Yakni orang-orang yang sabar saat ujian dari Allah datang, dan syukur saat mendapat nikmat dan kebahagiaan mendatanginya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Orang yang bahagia adalah yang dijauhkan dari fitnah-fitnah dan jika ia menghadapi ujian, cubaan dan fitnah, dia bersabar.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Sumber rujukan: Materi Tarbiyah untuk Remaja, Izzatul Jannah, 2006, terbitan Ziyad Visi Media














