H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Minda Siswi Masih Wujudkah Lagi Berhala Dalam Diri?

Masih Wujudkah Lagi Berhala Dalam Diri?

E-mail Print PDF

Sungguh. Kepada Allah diadukan segala kelemahan diri.

Koreksi kembali hati. Masih belum terhapus lagikah berhala dalam diri?

Bukan berhala yang memenuhi Ka'abah 1400 tahun lalu. Bukan berhala yang telah dihancurkan ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah yang mulia. Bukan berhala yang diperbuat dari tanah liat mahupun emas.

TETAPI.

Berhala yang tersembunyi bahaya dalam kehidupan sehari-hari.

Ya. Berhala yang diangkat sama sebagai matlamat kehidupan. Berhala yang menjadi pengharapan dalam beramal. Behala yang tanpa sedar merupakan tujuan yang dituju.

Masih belum terhapus lagikah berhala itu?

Keikhlasan yang mudah disebut tetapi PERIT untuk dilaksanakan. Mudah dilafaz tetapi PAYAH untuk dipraktikan. Mudah diceritakan tetapi SUSAH untuk diamalkan.

Keikhlasan dalam hidup. Untuk apa kamu dipinjamkan degupan jantung? Jika benar untuk Allah, apakah bukti yang bisa diangkat sebagai mahar?

Ya. Di mana kesungguhan dalam 'ubudiyyahmu kepada Allah? Di mana keistiqamahanmu dalam melestarikan taqwa dan iman dalam seluruh aspek kehidupan? Di mana keprihatinan kamu saat saudara sendiri meraung minta diselamatkan akidah mereka daripada terus dipalingkan? Di mana kamu saat mereka meraung pinta diselamatkan maruah dan kehormatan?

Berhentilah berkhayalkan dunia wahai hati. Dunia tidak selamanya. Tiba waktu, kamu akan dipanggil pulang membawa bersama amal sebagai harta untuk membayar nilai syurga yang mahal..

Kamu kira sudah cukupkah?

Berhentilah mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Bersihkan ruhi agar Allah bisa kamu cinta sepenuh hati. Dia tidak terkesan jika kamu tidak mencintaiNya walau sedikit TETAPI kamulah malang jika Dia menolak kamu tepi.

Berhentilah menjadi remaja biasa yang penuh angan-angan. Tidak mahukah kamu dipandang lebih oleh Sang Maha Penguasa hari pembalasan?

Sungguh. Remaja mukmin luar biasa mahal harga..

Susunan: Haffah - Irbid, Jordan.

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 9 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday58
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2668
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4612
mod_vvisit_counterAll days291576