H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Salam Perantau Bekalan Iman dari Program Perantau HALUANSiswa Malaysia

Bekalan Iman dari Program Perantau HALUANSiswa Malaysia

E-mail Print PDF

Berkumpul dan bersatu untuk mentaati-Mu. Setinggi kesyukuran di rafa'kan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, tika ini masih memberi peluang untuk kita terus merasai nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah sinar baru kembali dari membaiki dan melengkapkan diri. Moga kesedaran, input, teguran dan nasihat kekal lama buat bekalan diri. Moga setiap yang didengar dan di bengkelkan tidak menjadi debu-debu berterbangan.

Permasalahan Islam dan Bold Muslim

Kami disedarkan dan diperingatkan akan hakikat dunia ini adalah sia-sia dan hina sekiranya amal, kata-kata dan apa jua tindakan tidak dihubungkan dengan Allah. Realiti hari ini banyak manusia mengetepikan agama dalam kehidupan bahkan agama dianaktirikan dan digunapakai atas kepentingan. Nauzubillah moga kita dilindungi daripada penyakit cintakan dunia dan menggulakan agama. Justeru daripada sikap manusia inilah lahirnya permasalahan islam (Qadhiyah Islamiyah). Sebenarnya gejala sosial dan korupsi yang berlaku hanyalah 'presenting problem'. Maka apa agaknya 'core problem' yang perlu kita cakna?

Fikir-fikirkan...
Permasalahan inilah perlu kita selesaikan bukannya mengikut arus. Meredhai Sistem Jahiliyah yang wujud bukanlah tindakan bijak. Perlu berhikmah dan strategi untuk mengempur. Bukan bertindak tanpa ikut akal yang Allah berikan. Mereka yang berada dalam negara Islam atau negara kufur akan berbeza corak jihadnya. Resolusi demi resolusi perlu dicari dan kejelasan dalam menghadapi isu ini juga PERLU.

Justeru kita perlu mengenali virus dalam diri, masyarakat dan ummah khususnya barulah langkah pencegahan dan rawatan yang berkesan kita temui. Penyelesaiannya tentulah bukan hanya memencilkan pada sesetengah aspek untuk dirawat tapi perlu kepada Tarbiyah Islamiyah Harakiyah. Nah, dengan tarbiyah islamiyah yang bergerak dalam pelbagai aspek yang menyeluruh mampu merawat penyakit-penyakit dan permasalahan ummat. Kesedaran di bentuk, kefahaman di raih. Antaranya :

  • Tarbiyah Fikriyah
  • Tarbiyah Ruhiyah
  • Tarbiyah Jasadiyah
  • Tarbiyah Tanzimiyah

Bahkan banyak lagi aspek tarbiyah. Tidak tersenarai rasanya. Justeru dalam menghadapi pelbagai isu yang meruncing. Kita juga perlu menyiapkan diri dengan pelbagai persediaan.
Hati perlu sedia untuk dirawati

1. Persediaan hati
-Rendah diri dengan kebenaran barulah kebenaran mampu meresapi dalam jiwa yang dahagakan sentuhan Illahi
-Menyerah diri pada proses tarbiyah
-Kosongkan jahiliyah dalam diri
-Tanamkan cinta akan syakhsiyah Islamiyah dan sedia islah diri

2. Persediaan aqal
-Sedia untuk membentuk matlamat kehidupan yang jelas
-Menjadikan Al-Quran da As-Sunnah sebagai panduan hidup

3. Persediaan fizikal
-Wakafkan diri untuk Islam
-Manfaatkan harta, masa dan umur untuk akhirat

4. Persediaan Jamaie
-Membina ukhwah dan wujudkan rasa kebersamaan
-Theqah dan Taat pada Allah

5. Persediaan untuk Islah

Pelajar Muslim di Perantauan : Dilema antara dua kewajipan

Sudah pasti dalam menongkah arus kehidupan, lebih-lebih lagi buat musafir ilmu pasti banyak kewajipan dan tanggungjawab yang tergalas di bahu itu. Namun sebagai seorang Muslim, pemuda pemudinya perlu sentiasa merasai pengabdian kepada Rabb-Nya. Kita harus memantapkan tasawwur, sikap dan nilai untuk menghidupkan kehidupan di dunia ini sebagai bekalan pulang ke akhirat sana.

Antara dakwah dan study :: Itulah dua kewajipan besar buat perantau, musafir perjuangan. Ketahuilah syurga itu cukup mahal buat mereka yang ingin menghuninya. Sesiapa pun boleh belajar sepenuh hati tapi mewakafkan diri kepada Allah penuh mehnah dan tribulasi. Merasai taklifan sebagai khalifah itu seharusnya sudah sebati buat mereka yang bergelar muslim. Namu ujian dan dugaan tu tak pernah lari. Tidakkan kita mahu dimuliakan Allah disisi-Nya? Tidakkah kita malu sekiranya deenul haq dipermainkan dan majoriti umatnya masih lena di buai enaknya kemaksiatan? Sesekali tidak bukan. Kalau hati masih belum sensitif dengan keadaan ummat sekarang pohonlah diberi hati yang baru. Agar penderitaan ummah turut kita rasai sekaligus pemangkin gerak kerja kita nanti. Ya Rabb ampunilah kami atas kelekaan dan kecuaian kami.

Syukran buat sahabat-sahabat yang sudi berkongsi dan seinfiniti terima kasih buat penganjur. Moga redha Allah bersama kita.

Kiriman:

Sinar Islami - Universiti Kaherah
Bekalan Iman dari Program Perantau HALUANSiswa Malaysia
15 Ogos 2009
Kompleks Haluan Penyayang

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 10 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday257
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2037
mod_vvisit_counterLast week3676
mod_vvisit_counterThis Month4811
mod_vvisit_counterAll days291775