
الحمد لله رب العالمين . والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين ، وعلى آله وصحبه أجمعين . أما بعد
Assalamualaikum sahabat sahibah sekalian.
Kaifa halukum?
Semoga antum di Malaysia berada di dalam sihat hendaknya. Terlebih dahulu ana inin mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
Mungkin ini adalah kali pertama ana menulis di dalam group ni.
Sebenarnya ana ingin berkongsi sedikit tazkirah yang ana dapat sepanjang Ramadhan di bumi Mesir ini.
Cuba sama-sama kita bayangkan, terdapat seorang peniaga yang kaya-raya. Beliau telah mengupah beberapa orang kontraktor untuk membina sebuah mahligai yang besar, canggih, cantik dan sebagainya yang menjadikannya sebuah mahligai yang paling sempurna di kampungnya, bahkan di dunia.
Setelah siap, beliau pun memberi upah kepada kontraktor-kotrakto r tadi. Selepas sehari, beliau mengupah seseorang untuk meruntuhkannya. Semua penduduk kampung mencemuh dengan tindakan yang dilakukannya.. “Engkau gila . . . bodoh”, kata mereka.
Sahabat-sahabat, apa pengajaran yang dapat kita ambil?
Peniaga tersebut adalah ibarat manusia yang lalai pada hari ini. Pada bulan Ramadhan, mereka telah melakukan amal soleh yang banyak seakan-akan mereka telah membina mahligai di Syurga. Namun begitu, setelah tamat bulan Ramadhan, semua amal-amal yang dilakukan tidak diteruskan. Sedangkan masa 29 @ 30 hari hari yang ditetapkan oleh Allah sepatutnya menjadikan kita Istiqamah dengan amalan kita.
Oleh itu, sama-samalah kita bermuhasabah agar tidak termasuk di dalam golongan ini. Bahkan, Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih ‘bertenaga’ untuk bekerja di jalan-Nya.
Sekian, wallahu’alam.
Disediakan Oleh:
Naqib Hamdan
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it















