H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Salam Perantau Cita-citaku Terlalu Besar

Cita-citaku Terlalu Besar

E-mail Print PDF

Manusia yang menjalani kehidupannya dengan baik, adalah manusia yang mempunyai cita-cita.

Kerana cita-cita akan membuatkan pergerakan manusia itu lebih terarah. Bila ada cita-cita, maka manusia akan ada tempat untuk dia pergi.

 

Bila ada cita-cita, manusia akan mengisi kehidupannya untuk mencapai cita-citanya itu.

Saya juga, mempunyai cita-cita.

Tapi cita-cita saya terlalu besar.

Saya adalah manusia yang sering berusaha mencapai yang tertinggi. Saya masih ingat, semasa saya sekolah rendah, saya berusaha menjadi seorang ketua pengawas. Semasa saya di sekolah menengah, saya juga berusaha mencapai segala-galanya agar lebih tinggi dari orang lain.

Ya, cita-cita biasa manusia kaitkan dengan pangkat, harta, atau lebih mudah – dunia.

Tapi bila saya sampai ke satu tahap dalam kehidupan saya, saya nampak bahawa cita-cita dunia semata adalah sia-sia. Hal ini kerana, bila kita sudah mencapai tempat yang kita ingini, kita akan menjadi kebosanan, lemah dan tidak berminat. Kesungguhan kita terluntur, dan semangat kita seakan tercabut.

Jadi saya menukar cara saya bercita-cita.

Saya rasa, cita-cita saya tidak boleh lagi kecil. Kecil di sini bermaksud hanya sebatas dunia sahaja. Cita-cita saya mesti besar. Cita-cita saya mesti menembus akhirat. Itu adalah apa yang saya nampak, perlu ada dalam diri saya, dan perlu juga ada dalam diri manusia lain.

Apakah cita-cita saya?

Pokok cita-cita saya adalah untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT. Dalam hal ini, saya akan berusaha mempertingkatkan diri, lagi dan lagi. Hal ini kerana, saya teringat kata-kata guru saya:

“ kita ini, perlu berusaha mencapai tingkat yang tertinggi di sisi ALLAH. Kita tidak boleh hanya berpuas hati dengan keadaan kita hari ini. Perlu tingkatkan diri lagi”

Dan sememangnya, matlamat kehidupan insan adalah untuk itu:

“ Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.

Dari cita-cita ini, berbuahlah cita-cita yang lain.

ALLAH SWT berfirman bahawa manusia yang terbaik adalah yang mengajak orang lain kembali kepada ALLAH, dan beramal soleh.

“ Dan siapakah kata-katanya lebih baik dari mereka yang menyeru(untuk kembali) kepada ALLAH dan berbuat amal kebaikan?” Surah Fussilat ayat 33.

Maka, cita-cita saya seterusnya adalah untuk berusaha mengajak semua manusia kembali kepada ALLAH SWT, hidup dalam ketaatan kepadaNya, hidup dalam menjauhi apa yang telah dilarang olehNya.

Dari cita-cita kedua inilah saya bercita-cita menjadi seorang yang mampu memberikan qudwah hasanah kepada orang lain. Saya belajar memahami pelbagai jenis masyarakat dan pergerakan. Saya belajar merendah diri dan hati. Saya usaha memperbaiki kesilapan saya itu dan ini.

Dari cita-cita menjadi qudwah itulah munculnya cita-cita hendakkan keluarga yang sakinah, bayt muslim yang terbaik, menyebabkan saya berusaha semenjak awal saya mempunyai cita-cita ini.

Dari kefahaman cita-cita inilah, munculnya pelbagai lagi cita-cita saya.

Saya hendak menjadi seorang penulis yang mana penulisannya mampu menyentuh hati manusia, saya hendak menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran yang mana kebijaksanaan saya mampu memberikan sumbangan kepada usaha membawa manusia pulang kepada ALLAH, saya hendak membuka pusat motivasi saya sendiri untuk meluaskan lagi capaian tangan saya, saya mahu menguasai media dari segi komik, majalah, buku, hatta akhbar untuk menyebarkan kefahaman berkenaan deen ALLAH, saya mahu menguasai perniagaan dari segi perkilangan makanan untuk memberikan sumber makanan halal, bersih lagi baik kepada masyarakat dan ada banyak lagi cita-cita, yang berbuah dari cita-cita kedua ini.

“ Wahai orang yanng beriman, mahukah kamu AKU tunjukkan satu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan rasulNya, dan berjuang di atas jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu. Maka itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Nescaya ALLAH akan mengammpuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘adn, maka itulah kemenangan yang agung” Surah As-Sof ayat 10-12.

Ya, cita-cita saya, saya mahu menceburi ‘perniagaan’ yang ditawarkan di atas, dan mendapatkan ‘ganjaran’Nya.

Saban waktu, saya berfikir akan hal cita-cita saya ini. Saya fikir itu dan ini. Saya hendak capai itu dan ini.

Tapi…

Saya hanya seorang manusia biasa.

90% kemungkinan, saya akan mati sebelum semua cita-cita itu saya capai.

Cita-cita saya terlalu besar.

Tapi, cita-cita saya bukan mustahil.

Tambah bukan mustahil kalau saya tidak keseorangan. Kalau saya punya ramai orang yang berkongsi visi, cita-cita, misi seperti saya ini, orang-orang yang ikhlas, yang sanggup bersama susah dan senang, yang faham dan nampak akan apa yang hendak dicapai, maka cita-cita saya tidak mustahil sama sekali.

Persoalannya, siapakah yang hendak bersama-sama saya merealisasikan semua cita-cita ini?

Sebab itu hari ini saya berkongsi cita-cita saya yang besar ini. Saya tidak mahu, bila saya mati, semua cita-cita ini terbengkalai, terhenti setakat saya. Saya hendakkan agar cita-cita ini terus berjalan di dalam hati-hati manusia, terus menerus agar dunia ini mampu terbina di atas dasar hati-hati yang beriman kepada ALLAH SWT, dan meyakini janji-janjiNya.

Bagaimana?

Anda hendak bersama dengan saya kah?

Hilal Asyraf (Jordan)

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 11 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday37
mod_vvisit_counterYesterday469
mod_vvisit_counterThis week2647
mod_vvisit_counterLast week3253
mod_vvisit_counterThis Month4591
mod_vvisit_counterAll days291555