H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Sidang Setiausaha Eid Mubarak: Semoga Terus Istiqamah

Eid Mubarak: Semoga Terus Istiqamah

E-mail Print PDF

الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا اله الا الله هو الله أكبر الله أكبر و لله الحمد

Semoga berada di bawah lembayung rahmat Allah selepas sebulan menempuh madarasah Ramadhan. Kini Syawal datang menjelma untuk menguji istiqomah kita di dalam beramal. InsyaAllah ada sedikit perkongsian dari saya.

Hadith daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w, bersabda, maksudnya:

"Hiasilah hariraya kamu dengan takbir." (Riwayat Tabrani)

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin, berkata takbir itu dimulai pada malam hari raya puasa sampai waktu mengerjakan solat. Malam raya adalah antara malam yang diberkati.

Daripada Abu Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad s.a.w sabdanya:

"Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang yang kufur ingkar) pada hari itu. " (Riwayat Ibn Majah)

Doa pada malam raya diperkenankan Allah, sebagaimana jelas Imam Syafie dalam kitab Al-Umm:

"Dinyatakan kepada kami, doa sangat mustajab pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, awal malam Rejab dan malam Nisfu Syaban."

Pada hari yang mulia itu Nabi s.a.w dan sahabat bertakbir, malah bersolat hari raya secara berjemaah.

Menurut sebuah hadis (riwayat Nafi' dari Abdullah), Rasulullah s.a.w biasanya keluar pada pagi kedua-dua hari raya bersama-sama sahabat baginda sambil bertakbir beramai-ramai sepanjang perjalanan sehingga sampai ke tempat solat. Di antara sahabat baginda yang turut serta ialah Saidina Ali, Abdullah bin Abbas, Zaid bin Harithah dan kedua-dua cucu baginda, Saidina Hasan dan Hussain r.a.Begitulah caranya yang boleh dijadikan panduan bagi mereka yang menyambut hari raya sebagai ibadat.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Teruskan mujahadah kita untuk terus istiqomah dan iltizam dengan ibadah yang kita amalkan di dalam madrasah Ramadhan yang lalu. Semoga Allah menerima amalan kita sebagai amalan yang soleh.

Selamat Menyambut Aidilfitri
Dari Kepimpinan HALUANSiswa Nasional

Minal Aidin Wal Faizin. Taqabbalallah Minna Wa Minkum!



Sdr Muhammad Muzakkir Bin Che Ani
Setiausaha HALUANSiswa Nasional
Shah Alam, Selangor
01 Syawal 1430

 

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 10 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday257
mod_vvisit_counterYesterday305
mod_vvisit_counterThis week1418
mod_vvisit_counterLast week1955
mod_vvisit_counterThis Month856
mod_vvisit_counterAll days107840