H A L U A N S i s w a

Bersahsiah Dekat & Bererti

You are here: Laman Utama Terma

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan salam sejahtera,

Kami mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung dan pengguna Laman Web HALUANSiswa (selepas ini dirujuk sebagai “WHs”). Semoga kedatangan anda ke WHs memberikan lembaran baru dalam hidup anda dengan maklumat dan bacaan-bacaan yang bermanfaat.

Kami ingin menjadikan WHs sebagai satu bentuk khidmat HALUANSiswa untuk menyampaikan maklumat dan berinteraksi secara terbuka berkaitan perkembangan mutakhir, isu-isu moral dan kemanusiaan, juga isu-isu lain yang menyentuh masyarakat. WHs juga akan menjadi medan menjalinkan persaudaraan dan nasihat-menasihati sesama kita.

Penggunaan dan lawatan anda ke WHs adalah perlu mengikut garis panduan dan etikanya, antara lain sebagaimana yang digariskan di bawah:

 

Kandungan Artikel

  • Untuk memastikan bahawa kandungan artikel WHs bersih dari sebarang unsur negatif, Pengguna dinasihatkan tidak sama sekali memasukkan artikel-artikel berunsur fitnah, hasutan, propaganda ancaman, artikel lucah, artikel yang berbentuk peribadi dan juga bertujuan memalukan mana-mana individu atau pertubuhan juga artikel yang boleh mencetuskan sebarang huru-hara,
  • Artikel yang melanggar undang-undang termasuk undang-undang persekutuan atau tempatan, yang tidak selari dengan perlembagaan dan artikel yang menyebabkan timbul liabiliti sivil dan jenayah juga dilarang,
  • Pengguna tidak dibenarkan memasukkan artikel dan bahan-bahan yang dilindungi oleh hakcipta dan harta intelek melainkan dengan kebenaran pemilik hakcipta dan harta intelek tersebut, dan
  • Sebarang bentuk iklan perniagaan, iklan dari mana-mana individu atau pertubuhan, surat berantai dan skim piramid juga tidak dibenarkan.

Penolakan Waranti dan Liabiliti

Kandungan Laman Web ini adalah berdasarkan ‘as-is basis’ tanpa waranti dan liabiliti di pihak WHs. WHs adalah tidak bertanggungjawab dan/atau menolak sebarang waranti dan liabiliti terhadap perkara-perkara berikut:

  • Ketepatan, kesahihan dan ketidaksesuaian informasi dan/atau fakta yang dikemukakan,
    kandungan yang bersih dari sebarang gangguan, bebas dari sebarang kesilapan dan/atau sekiranya terdapat kesilapan, maka kesilapan tersebut akan diperbaiki.
  • Kehilangan dan/atau kerosakan samada secara langsung atau sebaliknya yang timbul dari penggunaan WHs ini termasuklah tetapi tidak terbatas setakat kehilangan dan/atau kerosakan yang disebabkan oleh kepercayaan kepada fakta yang terkandung.
  • WHs dan pelayan (server) yang bebas dari sebarang virus atau elemen-elemen lain yang merosakkan, dan
  • Kesan tindakan pengguna yang bertindak hasil maklumat dari WHs.

Penamatan Penggunaan

WHs mempunyai hak eksklusif untuk menamatkan mana-mana penggunaan yang pada pandangannya bercanggah dengan Garis Panduan dan Etika Penggunaan WHs sebagaimana klausa di atas dan/atau tidak mematuhi perjanjian ini dan/atau dalam budi bicara WHs ádalah tidak dapat diterima kerana bertentangan dengan etika Islam.

WHs juga berhak untuk memutuskan dan menamatkan servis yang kami sediakan tanpa sebarang notis berdasarkan budi-bicara kami.

Akujanji Indemniti Oleh Pengguna

Pengguna mengakujanji akan  menjamin dan mempertahankan WHs dari sebarang tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan, kerosakan dan/atau kecederaan yang timbul berikutan penggunaan WHs dan/atau hasil tindakan Pengguna yang melanggar undang-undang atau ketidakpatuhan terhadap Garis Panduan dan Etika Penggunaan WHs.

Pengguna juga mengakujanji akan  menjamin dan mempertahankan WHs dari segala tindakan yang diambil oleh pihak ketiga yang bertindak dan/atau gagal bertindak mengikut maklumat yang diberikan oleh WHs yang menyebabkan berlaku sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan dan sebagainya.

Pindaan Garis Panduan dan Etika Penggunaan WHs

WHs berhak untuk meminda sebarang syarat-syarat dan terma-terma yang terdapat di dalam Garis Panduan dan Etika Penggunaan ini dan Pngguna perlu mematuhi pindaan tersebut, sekiranya ada.

Undang-undang Terpakai

Garis Panduan dan Etika Penggunaan WHs ini ádalah tertakluk kepada Undang-undang Malaysia.

Capaian Luar

WHs turut menyediakan capaian kepada laman-web-laman web luar dan/atau maklumat lain yang terdapat dalam internet. Walaubagaimanapun, WHs tidak bertanggungjawab dalam sebarang keadaan terhadap isi kandungan yang terdapat di dalam laman web luar tersebut.

 

Ihsan Web HALUAN Malaysia

 

Tahukah Anda

Israel memperuntukan 85% bekalan air kepada Yahudi, sementara baki 15% dibahagikan di kalangan bangsa Palestin. Seperti di Hebron, 85% bekalan diberikan kepada 400 penduduk haram Yahudi, manakala 15% dibahagi-bahagikan di kalangan 120,000 bangsa Palestin.

Siapa Kami?

Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) ialah sebuah kelab yang ditubuhkan di bawah HALUAN Malaysia. Kelab ini menjadi platform kepada ahli-ahli yang terdiri daripada semua mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta sama ada di dalam atau di luar negara untuk bergabung tenaga bagi menjayakan visi dan misi HALUAN. PPM 969/88

Who's Online

We have 6 guests online

Counter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday249
mod_vvisit_counterYesterday305
mod_vvisit_counterThis week1410
mod_vvisit_counterLast week1955
mod_vvisit_counterThis Month848
mod_vvisit_counterAll days107832